Aje gila, enjin bas sekolah tercabut semasa bawa pelajar

ENJIN sebuah bas tercabut semasa membawa pelajar dalam kejadian di Singapura semalam. – SMDN

Sebuah bas sekolah yang membawa pelajar pulang ke rumah kehilangan sebahagian enjinnya semalam kerana tercabut, lapor portal berita Mothership.

Akhbar Shin Min Daily News (SMDN) melaporkan, insiden yang jarang berlaku itu terjadi di jalan Redhill Road dekat Pusat Makanan Redhill.

Seorang wanita berusia 60 tahun bernama Lin yang memaklumkan kemalangan itu kepada SMDN berkata, dia melihat seketul enjin tercicir dari bas sekolah tersebut.

Menurut gambar yang diberikannya kepada SMDN, terdapat banyak bahagian logam berselerak di sepanjang jalan.



Katanya, terdapat kira-kira 20 pelajar  sekolah di dalam bas itu  dan mereka terpaksa dipindahkan ke laluan pejalan kaki berhampiran.

Terdapat juga empat orang dewasa menemani kumpulan pelajar terbabit sementara mereka menunggu pengangkutan alternatif.

Ketika wartawan SMDN bergegas ke tempat kejadian, polis tiba untuk melencongkan lalu lintas, manakala sebuah trak tunda bersiap sedia untuk menunda bas tersebut.

Menurut sumber SMDN, bas sekolah itu baru bertolak dari sekolah Gan Eng Seng yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian.



Pemandu bas  yang enggan namanya disiarkan, memberitahu wartawan bahawa dia berasa  ada sesuatu yang tidak kena apabila mendengar bunyi yang kuat.  Dia pun segera memberhentikan basnya.

Apabila menyedari apa yang berlaku, dia meminta bantuan syarikat bas berhampiran dan membuat persiapan membawa pulang  pelajar menggunakan bas lain.

Pemandu itu berkata,  bas itu miliknya dan ia adalah kali pertama dia menghadapi situasi sedemikian.

Dia juga mendakwa bahawa bas itu baru keluar dari bengkel pada  pagi hari kejadian kerana dia telah meminta mekanik memeriksa bahagian belakang bas berkenaan. Bengkel itu juga menukar beberapa komponen.



Menurutnya, dia sedang mempertimbangkan sama ada  akan melupuskan bas itu atau membeli bas  baharu. Bas berkenaan berusia kira-kira 12 tahun.

“Saya perlu menyewa bas lain buat sementara itu,” tambahnya. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker