Pelajar kolej bakar anak ayam hidup-hidup dalam ‘air fryer’

Anak ayam hidup itu dimasukkan ke dalam ‘air fryer’ sebelum dimasak. – WDRB

Seorang pelajar kolej di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS) disiasat selepas sebuah video yang memaparkan dia menggoreng seekor anak ayam hidup-hidup tular hujung minggu lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Video yang dikongsikan di Instagram Stories itu memaparkan seorang pelajar Universiti Louisville menyaluti anak ayam hidup itu dengan perasa sebelum memasaknya di dalam ‘air fryer’, lapor laman Louisville Courier Journal.

Klip berasingan pula memaparkan seekor anak ayam mati tergantung di siling dan seekor lagi berada di dalam ketuhar gelombang mikro.

Pelajar yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa ia merupakan anak ayam robotik, tetapi orang ramai tidak mempercayainya.



Universiti Louisville pada Sabtu lalu mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan pelajar itu dan mengesahkan bahawa siasatan terhadapnya kini dijalankan.

Seorang pelajar, Sarah Devers memberitahu laman WDRB bahawa dia menghubungi polis selepas melihat hantaran itu.

“Ia memberi anda perasaan yang suram, seperti saya rasa bersalah kerana dapat melihatnya,” keluhnya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker