Amanah tak tolak kemungkinan PH-BN tukar kerusi – Salahuddin
Amanah tak tolak kemungkinan PH-BN tukar kerusi – Salahuddin
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN), menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Beliau berkata, kemungkinan itu boleh berlaku melalui perundingan strategik dalam usaha kerajaan perpaduan memenangi PRN di enam negeri.
“Berkaitan pembahagian kerusi, kita telah mengadakan perundingan bersama BN… ada Majlis Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“Asas kepada pembahagian kerusi itu ialah secara umum, kerusi yang telah dimenangi parti-parti bertanding pada PRU14, biasanya kita tidak sentuh.
“Namun, ia terbuka kepada perbincangan. Kita berkemungkinan tidak boleh mengelak jika berlaku pertukaran kerusi dalam kalangan ahli gabungan pada PRN nanti, iaitu sebagaimana biasa dalam mana-mana perbincangan berkaitan pembahagian kerusi,” katanya menurut Berita Harian.
Salahuddin mengulas laporan, baru-baru ini, bahawa PH khususnya di Selangor berkemungkinan akan ‘berkorban’ dengan menyerahkan sekurang-kurang lima kerusi ‘selamat’ kepada BN pada PRN kali ini, sebagai langkah strategik bagi mengekalkan kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, PH Selangor semalam dilapor menafikan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasainya akan ‘dikorbankan’ untuk memberi laluan kepada calon BN, pada PRN.
Setiausaha PH Selangor, Mohd Khairuddin Othman, dipetik berkata perkara itu tiada dibincangkan pihaknya bersama BN dalam rundingan berkaitan agihan kerusi terbabit.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi masih terbuka dan berjalan baik.
“Namun, keputusannya dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Bagi Negeri Sembilan, Amanah juga sedang dalam proses mengadakan rundingan,” katanya. FMT
Amanah tak tolak kemungkinan PH-BN tukar kerusi – Salahuddin
Baca Artikel Menarik:
- Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun
- MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam
- Farid Kamil tidak mahu bercerai, kemuka tawaran baru untuk pujuk Diana
- Kementerian Pendidikan umum cuti sekolah khas 19 April sempena Aidilfitri
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Imam ditikam ketika solat subuh
- Ibu Syamsul luah kesedihan
- Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun hampir selesai
- Najmil mohon maaf kepada Hannah
- Askar hilang di Hutan Simpan Belum
- Isteri dirantai seperti anjing selama 4 tahun
- Imej hantu budak dalam jengkaut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan
Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah
You must be logged in to post a comment.