Asrama macam ‘tin sardin’, 226 pekerja asing diselamatkan

Asrama macam ‘tin sardin’, 226 pekerja asing diselamatkan

NILAI: Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia (JTKSM) menyerbu sebuah penginapan haram yang tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta menyelamatkan 226 warga asing, di Bandar Baru.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata semua warga Bangladesh dan Nepal yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu, dibawa masuk ke negeri ini menerusi kuota pekerja asing yang diluluskan kepada tiga syarikat pencucian dan pembersihan, serta sebuah syarikat pembuatan.

Beliau berkata mereka ditempatkan sementara di tempat penginapan transit itu kira-kira 40 hari lepas, dengan ada dalam kalangan warga asing tersebut belum mendapat kerja seperti yang dijanjikan.

“Tadi kita masuk ke rumah transit pekerja asing ini, amat mendukacitakan apabila kita melihat keadaan mereka. Mereka tidak tahu apa yang berlaku, risau malah ada yang menangis. Saya lihat mereka muram dan jelas menunjukkan emosi mereka terganggu.

“Kita lihat tadi ada tiga tingkat dan setiap tingkat berkeluasan kira-kira 1,800 kaki persegi yang diletakkan lebih 60 individu. Ini menyalahi undang-undang dan bahaya, kalau ada insiden seperti kebakaran dan sebagainya apa akan berlaku kepada mereka, ” katanya kepada pemberita selepas tinjauan mengejut di penginapan haram itu.

Susulan itu, beliau berkata empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) terhadap empat majikan yang terbabit dalam kes tersebut.

Menurut Sivakumar semua warga asing itu akan dipindahkan segera hari ini ke tempat penginapan yang lebih sesuai iaitu kira-kira 30 kilometer dari lokasi penginapan haram tersebut, bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

“Selain itu, kita juga akan menukar kepada majikan lain yang sesuai dan benar-benar memerlukan pekerja,” katanya dan menambah serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada kedutaan Bangladesh.

Dalam pada itu, tinjauan media di dalam bilik penginapan tersebut mendapati ia dilengkapi katil dua tingkat dengan tilam yang usang serta hanya mempunyai dua ke tiga kipas industri, selain tidak mempunyai sistem pengudaraan dan cahaya yang baik.

Sementara itu, Sivakumar memberi amaran tidak akan berkompromi dengan perkara sedemikian dan mengingatkan majikan supaya menyediakan penginapan bersesuaian serta mesti ada kekosongan pekerjaan kepada buruh yang dibawa masuk ke dalam negara. FMT

Asrama macam ‘tin sardin’, 226 pekerja asing diselamatkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker