Lembaga Disiplin UMNO panggil Jamal
Lembaga Disiplin UMNO panggil Jamal
Lembaga Disiplin UMNO memanggil Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus berhubung dakwaan sogokan kepada perwakilan pada pemilihan parti itu, 18 Mac lalu.
Surat pemakluman untuk memanggil Jamal hadir itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun bertarikh 7 April lalu.
Dalam surat itu menyatakan Jamal dipanggil kerana didakwa melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO yang boleh dihukum di bawah Fasal 20.9.
“Bahawa Datuk Seri pada 17 Mac 2023, jam lebih kurang 6.15 petang sudah melakukan perbuatan rasuah dan sogokan politik dengan memberikan wang sebanyak RM1,000 kepada penama (12 perwakilan) dari Cawangan UMNO Parit Sungai Haji Dorani, Parit 3 Jalan Lama, Sungai Limau, Simpang Tiga Loji dan Pekan Pasir Panjang.
“Yang menjadi perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar melalui ejen Datuk Seri untuk memilih Datuk Seri sebagai ketua bahagian Sungai Besar pada pemilihan parti bagi sesi 2023-2026,” menurut kandungan surat berkenaan.
Sementara itu, Jamal yang cuba dihubungi hari ini masih belum memberi sebarang maklum balas kepada media.
UMNO selesai mengadakan pemilihan partinya pada 18 Mac lalu.
Difahamkan, ketika ini, Lembaga Disiplin masih menjalankan siasatan selain memanggil beberapa individu dan pemimpin UMNO yang terkait dengan aduan salah laku ketika pemilihan parti bulan lalu. BH
Lembaga Disiplin UMNO panggil Jamal
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.