Pang Ron-Pei Jing ‘smash’ pilihan keempat, mara ke suku akhir

Pang Ron-Pei Jing ‘smash’ pilihan keempat, mara ke suku akhir

Pang Ron-Pei Jing 'smash' pilihan keempat, mara ke suku akhir
PEMAIN beregu campuran kebangsaan, Hoo Pang Ron (kiri) dan Lai Pei Jing.

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-24 dunia itu mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan keempat kejohanan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dari Taiwan menerusi kemenangan straight set 21-9, 21-16 dalam tempoh 25 minit pada aksi pusingan kedua di Saarlandhalle.

Kejayaan itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan berturut-turut selepas turut melakukannya pada Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis sebelum ini.

Di Denmark, pasangan negara itu mara sehingga separuh akhir sebelum muncul naib juara Terbuka Perancis, Ahad lalu.

Pang Ron-Pei Jing akan bertemu pasangan Hong Kong, Chan Yin Chak-Ng Tsz Yau yang juga pilihan ketujuh, dalam perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Pang Ron-Pei Jing ‘smash’ pilihan keempat, mara ke suku akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Sayang Rakyat, Terus Semarakkan Gelombang Biru Di Melaka

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker