Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih (Video)

890

Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih (Video)

ALGIERS – Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat tarawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Imam Walid Mehsas mengimamkan solat tarawih di Bordj Bou Arreridj, Algeria.

Dalam rakaman, kelihatan Imam Walid tenang meneruskan bacaan doa meskipun kucing berkenaan memanjat dan cuba duduk di bahunya.

Video yang mula viral di seluruh dunia menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata memuji Imam Walid Mehsas yang tetap menyantuni kucing itu walaupun sedang mengimamkan solat tarawih.

Beberapa pengguna sosial media menulis kucing itu dilihat seolah berterima kasih kepada imam kerana mengalunkan bacaan ayat al-Quran yang indah.

“Seolah-olah kucing itu ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana membaca al-Quran dengan suara yang menyenangkan telinganya, semoga tuhan memberkati anda, sheikh kami,” kata seorang netizen.

“Saya suka bagaimana kucing melompat ke bawah tepat ketika imam hendak ruku’. Kucing seperti ‘Oh, masa untuk pergi’,” tulis seorang lagi netizen.

[videopress cCrPL0X0]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker