Inspektor ‘jadian’ buat jururawat rugi RM200 ribu

KOTA BHARU: Jururawat kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan panggilan yang menyamar sebagai pegawai polis antara November tahun lalu sehingga 1 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada November tahun lalu, mangsa berusia berusia 40-an berada di Tanah Merah dan menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa dia ada membuat tuntutan insurans.

Beliau berkata, mangsa pada mulanya menafikan perkara itu dan diminta membuat laporan laporan di Balai Polis Ampang.



“Mangsa sekali lagi mendapat panggilan kononnya daripada pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyatakan wanita itu mempunyai waran tangkap dan waran pembekuan harta kerana terbabit dengan kes jenayah.

“Mangsa diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang bagi siasatan, namun diberi pilihan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan melalui panggilan telefon.

“Pada hujung November tahun lalu, mangsa pergi ke sebuah bank untuk membuat akaun baharu seperti yang diarahkan suspek kononnya bagi tujuan siasatan ke atas wang yang dimiliki mangsa.

“Mangsa diarah untuk mendaftar nombor telefon yang dimiliki suspek ketika membuka akaun bank itu.



“Sehingga Februari lalu, mangsa membuat pindahan wang dari akaun bank lain ke akaun bank baharu bagi tujuan jaminan diri termasuk dua pinjaman bank yang dibuat dalam tempoh sebulan berjumlah RM148,000,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Agihan Bubur Lambuk kepada kakitangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob dan Pengurus Nestle Malaysia Cawangan Pantai Timur, Awang Abdullah.

Muhamad Zaki berkata, mangsa diarahkan supaya tidak membuat semakan ke atas akaun bank sepanjang tempoh siasatan.

“Pada jam 6 petang, 1 April lalu, mangsa membuat pemeriksaan akaun dan mendapati wang berjumlah RM207,000 tiada dalam simpanan sebelum membuat laporan polis.



“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker