Giliran isteri ND Lala pula dedah identiti penyondol?
Giliran isteri ND Lala pula dedah identiti penyondol?
PETALING JAYA – “Penyondol”.
Demikian perkongsian isteri kepada ND Lala, Fauziah Sarman merujuk kepada spekulasi rumah tangga mereka yang sebelum ini dikhabarkan goyah berikutan gangguan orang ketiga.
Dalam perkongsian Instagram, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu turut memuat naik foto hitam putih seorang wanita bertudung yang dipercayai ‘penyondol’ rumah tangganya.
“Siti Munirah Abd Ghani.” Itu nama penuh wanita didakwa sebagai penyondol yang ditulis pada ruangan kapsyen dengan meletakkan sekali nama akaun Instagram suaminya, ndlalaofficial.
Begitupun, hantaran yang dikongsi Fauziah tidak menerangkan lebih lanjut tujuan mahu pun motifnya berbuat sedemikian.
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
Daripada hantaran tersebut, ruangan komennya terus dibanjiri maklum balas netizen yang terkejut dengan pendedahan terbuka itu.
“Memang sekarang semua wanita cantik kena tinggal ke,” kata seorang pengikutnya.
“Maknanya yang viral hari tu betul la?” tanya pengguna akaun ain.
“Sekarang tengah ada wabak penyondol,” luah seorang netizen.
Rata-rata ingin mendapatkan penjelasan sama ada wanita berkenaan adalah ‘madunya’, namun hingga kini tiada respons daripada Fauziah.
Baca Artikel Menarik:
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz
Lebih menimbulkan persoalan apabila tiada lagi gambar ND Lala atau foto berdua dengan suaminya itu dalam Instagramnya.
Sementara itu, daripada sumber difahamkan Siti Munirah merupakan rakan sekolah Shila, selain didakwa kerap berkunjung ke kediaman mereka.
Lebih menyakinkan ada sesuatu tidak kena sedang berlaku, Shila menerusi Instagramnya turut menyiarkan kenyataan sedang mencari seorang wanita bernama Situ Munirah yang merupakan rakan sekolahnya ketika dahulu.
Tiada maklumat terperinci, Shila sekadar menjelaskan ada urusan hidup atau mati yang perlu diselesaikan dengan individu terbabit.
Terdahulu, nama ND Lala ‘naik’ selepas timbul desas-desus mengenai seorang penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan telah bernikah lagi dengan wanita muda.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Ketika rumah tangga mereka dikhabarkan goyah, seorang lagi anak mereka, Syada menafikan gosip tersebut, selain menegaskan hanya mengetahui dakwaan berkenaan selepas dimaklumkan media
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
You must be logged in to post a comment.