Ketua Menteri Melaka elak jawab soalan wartawan
Ketua menteri Melaka yang baru dilantik Ab Rauf Yusoh hari ini mengelak daripada menjelaskan mengapa dia mengambil alih pentadbiran negeri daripada Sulaiman Md Ali.
Ketika ditanya semasa sidang akhbarnya petang ini sama pertukaran ketua menteri ada kaitan dengan keputusan pemilihan Umno baru-baru ini, Rauf berkata isu itu telah “overtaken by event” (diambil alih oleh peristiwa semasa).
“Saya fikir kita tidak perlu bertanya soalan ini lagi, ia telah overtaken by event.
“Kenapa nak berpatah balik? Saya rasa semua orang dah dapat jawapan tentang faktor apa.
“Saya rasa persoalan ini tidak perlu dijawab, kerana peristiwa hari ini telah mengambil alih isu itu,” katanya.
Rauf, yang merupakan ketua Umno Melaka, bercakap pada sidang media pertamanya sebagai ketua menteri.
Ia diadakan sejurus selepas dia mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam kira-kira 3.30 petang hari ini.
Rauf mengambil alih jawatan itu daripada Sulaiman Md Ali, yang meletak jawatan awal minggu ini, dikatakan kerana masalah kesihatan.
Pertukaran kepimpinan Melaka diselubungi kontroversi dan mencetuskan spekulasi bahawa Sulaiman mungkin terpaksa berundur untuk memberi laluan kepada Rauf.
Spekulasi berleluasa sejak pilihan raya negeri Melaka 2021 bahawa Rauf mahu menuntut jawatan tertinggi kerajaan negeri, memandangkan kedudukannya sebagai ketua Umno negeri dan BN.
Sudah menjadi tradisi Umno dan BN untuk ketua parti negeri menjadi ketua menteri atau menteri besar negeri di bawah kawalan mereka.
Bagaimanapun, di sebalik kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri, yang menyaksikan gabungan itu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, pucuk pimpinan tertinggi parti telah memilih Sulaiman sebagai ketua menteri.
Rauf dan Sulaiman sebelum ini menafikan khabar angin mendakwa berlaku perebutan kuasa dalaman.
Terdahulu semasa sidang akhbar itu, Rauf turut memberitahu pemberita bahawa Melaka adalah negeri yang paling stabil dari segi politik di negara ini.
“Tetapi kerana pergaduhan kami telah dibawa ke media sosial, ia tidak kelihatan baik pada kami.
“Namun selepas pemilihan Umno, saya lihat keadaan sudah bertambah baik,” katanya.
Walaupun Rauf tidak mengulas lanjut, dia dipercayai merujuk kepada keputusan pemilihan parti yang menyaksikan kekalahan ramai ketua bahagian Umno yang tidak sehaluan dengannya.
Sementara itu, Rauf juga diminta mengulas mengenai bekas anggota exco kerajaan negeri Jailani Khamis yang mengkritik pertukaran kuasa sebagai ‘kerajaan tebuk atap’.
Menjawab perkara ini, Rauf membalas dengan berkata: “biar kami cari rumah yang atap bocor”.
Ditanya sama ada Umno negeri akan merujuk Jailani, yang juga ahli Umno, untuk tindakan tatatertib, Rauf berkata “kita tunggu dan lihat”.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz