2 lelaki parah ditetak selepas ganggu isteri orang
2 lelaki parah ditetak selepas ganggu isteri orang
Polis memburu seorang lelaki kerana disyaki menetak dua lelaki sehingga cedera parah dalam dalam satu kejadian di Jalan Mutiara Raya, Cheras, semalam.
Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, pergaduhan itu dipercayai berlaku selepas dua lelaki berkenaan mengganggu isteri suspek.
“Kedua-dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun cedera parah di kepala dan tangan akibat ditetak menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7), IPD Cheras menahan seorang wanita warga tempatan pada 7.30 malam hari sama.
Zam berkata, wanita berusia 39 tahun dipercayai bersubahat dengan suspek utama yang berusia 45 tahun.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai berhubung suspek serta kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. FMT
2 lelaki parah ditetak selepas ganggu isteri orang
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz