‘Influencer’ Dakwa Ditipu RM180 ribu Dengan ‘Wedding Planner’, Hotel Tahan Makanan Tetamu & Tak Boleh Masuk Bilik [VIDEO]

 

Setiap pasangan pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang bagi meraikan hari bahagia mereka. Namun lain pula yang terjadi kepada ‘influencer’, Shaniena Natasya selepas selesai melangsungkan majlis pernikahan pada 11 Mei.

Duit kena songlap

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shaniena atau lebih mesra disapa Niena mendakwa dia telah dianiaya oleh seorang kawan yang juga menjadi perancang perkahwinannya.

Dakwa Niena, dia telah ditipu sebanyak RM180,000 dan susulan itu laporan polis sudah dibuat di Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.

Dakwa Niena lagi, pada awal perbincangan hanya RM100,000 jumlah bayaran namun kemudiannya diminta tambahan RM60,000 lalu terus dibayar kerana sedar majlis perkahwinan mereka ‘bukan kaleng-kaleng.’

Bagaimanapun, sehari sebelum majlis, dia diminta RM50,000 lagi tetapi kali ini berkeras enggan membayar.

Saya sebenarnya tak nak riuh pun benda ini, nak kongsi benda negatif. Saya baru habis majlis perkahwinan, nak mood happy happy saja.

Tapi bila orang pun tak reti kesian dekat saya, saya tak ada pilihan. Saya pun tak nak memilih untuk viral tapi melampau sangat. Ramai saja nasihat saya sebelum nak kahwin, jangan ambik (pakej) dia tapi saya anggap sebagai kawan.

Masa perbincangan pertama dengan dia, dia cakap RM100,000 . Okay saya pun bayar sebab memang harga dia macam tu dekat hotel bertaraf lima bintang. Selepas dua minggu, dia cakap kena tambah RM60,000 saya dan suami pun tambah. Kami masih bertolak ansur mungkin tak cukup kot yelah sebab majlis kita pula bukan biasa-biasa punya majlis. Itu ini kena bayar, kita faham kos RM160,000.

Tapi sehari sebelum majlis dia minta saya bayar lagi RM50,000? Saya tercengang dan memang saya kena buat kira-kira.  Saya seorang usahawan jadi saya tak bodoh sangat. Suami saya pun cakap ini dah keterlaluan. Kami tak nak bayar RM50,000. Apa sampai RM210,000?

Keesokkan hari masa saya tengah bersolek, suami saya bisik cakap hotel tak nak release food, nak hold (tahan) banyak benda. Saya transfer lah kt dia 11 Mei lagi RM20,000 maka terjadi lah RM180,000 keseluruhan.

Cerita Niena lagi, dia juga tidak dibenarkan untuk memasuki bilik hotel pada jam 3 pagi dan dakwanya individu terbabit cuba untuk melarikan diri.

Dakwanya lagi, individu tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan wang yang diberinya untuk kegunaan peribadi iaitu menyewa kereta mewah serta membeli barangan koleksi jenama antarabangsa.

Sumber: Instagram

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker