Wanita simpan janggut rasa diri semakin cantik

 

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) kini menghargai janggut yang tumbuh pada wajahnya selepas dia mencukur bulu tersebut setiap hari selama 16 tahun, lapor akhbar Daily Star.

Coral Sanchez, 29, pertama kali menyedari perubahan pada wajahnya ketika dia berusia sembilan tahun dan sejak berusia 12 tahun, dia bercukur pada setiap pagi untuk mengelak daripada diejek dan dibuli.



Dia menghabiskan masa  bertahun-tahun untuk menyembunyikan janggutnya selain turut merahsiakan perkara itu daripada bekas kekasih selama empat tahun mereka bercinta.

Janggut Sanchez tumbuh disebabkan oleh keadaan dipanggil hirsutisme. Walaupun dicukur pada awal pagi, ia akan tumbuh semula lewat petang hari yang sama.

Selepas menjadi gelandangan pada usia 26 tahun, Sanchez gagal bercukur pada setiap hari dan mula mempersoalkan tindakannya membuang janggut.

Pasangan baharu Sanchez, Illias Clark, 25, memberikan sokongan dan meyakinkan wanita itu bahawa dia cantik dan janggut itu tumbuh secara semula jadi.



Sanchez akhirnya membuang pisau cukur pada Mac 2022 dan janggutnya yang disimpan selama setahun kini berukuran 10 sentimeter.

“Saya benar-benar terkejut betapa saya menyukainya, Rasanya ia sesuai dengan muka saya,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia



Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker