Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti

Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan semalam bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.

Enam entiti itu akan mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan lembaga pengarah mereka sendiri, lapor UPI.



Kumpulan perniagaan dan syarikat perniagaan akan menubuhkan lembaga pengarah masing-masing, dan melaksanakan sistem tanggungjawab CEO di bawah kepimpinan lembaga pengarah setiap entiti dan syarikat perniagaan, manakala Alibaba Group akan memberi tumpuan terhadap model pengurusan syarikat induk dalam cara yang menyeluruh, menurut Alibaba dalam satu kenyataan semalam.

Lima daripada enam entiti itu, mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan modal luar dan berpotensi untuk mendapatkan IPO sendiri.

Transformasi itu akan memperkasakan semua perniagaan kami supaya menjadi lebih rancak, dan membolehkan tindak balas yang lebih pantas terhadap perubahan pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang dalam satu kenyataan.

Pada 2020, organisasi teknologi kewangan Alibaba, Ant Group, terpaksa menarik balik tawaran awam bernilai AS$37 bilion (RM163.10 bilion) di pasaran saham Hong Kong dan Shanghai selepas campur tangan pengawal selia China.



Pada 2021, Alibaba didenda AS$2.8 bilion (RM12.34 bilion) oleh pengawal selia ‘antitrust’ China.

Pengumuman semalam itu menyaksikan peningkatan sembilan peratus nilai saham Alibaba dalam dagangan pra-pasaran di Amerika Syarikat. BH

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak



Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker