Sanusi dakwa dilarang hadir program kerajaan pusat

Sanusi dakwa dilarang hadir program kerajaan pusat

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa dilarang menyertai majlis anjuran kerajaan pusat termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 Mei ini.

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat barisan Jemaah Menteri kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Keputusan baharu Kabinet PMX, larang MB (menteri besar) Kedah ke sebarang acara termasuk LIMA di Langkawi.

“Apa boleh buat? Kalau anda panas, tolonglah jangan koyak,” katanya di Facebook.

Namun, Sanusi tidak mendedahkan punca sebenar keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, FMT melaporkan Anwar memfailkan saman terhadap Sanusi kerana mendakwanya “berperwatakan tidak bermoral”.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Sanusi berkata beliau tidak akan memohon maaf dan sedia berdepan Anwar di mahkamah.

Anwar juga memohon injunksi terhadap Sanusi daripada mengeluarkan, menulis, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan disangkal itu yang dianggap berunsur fitnah.

Kandungan ucapan Sanusi juga dilaporkan dalam media.

Dalam pernyataan tuntutannya itu, Anwar mendakwa Sanusi membayangkan bahawa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, munafik dan bukan Islam yang baik. FMT

Sanusi dakwa dilarang hadir program kerajaan pusat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker