Berjalan 8,000 langkah dapat kurang risiko kematian awal
Berjalan 8,000 langkah dapat kurang risiko kematian awal
Berjalan 8,000 langkah bersamaan sekitar 6.4 kilometer (km) satu atau dua hari seminggu boleh mengurangkan risiko kematian awal dengan ketara, menurut dapatan kajian yang dikeluarkan semalam.
Walaupun senaman yang kerap diketahui dapat mengurangkan risiko kematian, kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open mendapati ada faedah jika seseorang berjalan secara intensif beberapa hari seminggu
Mengulas dapatan itu, penyelidik dari Universiti Kyoto dan Universiti California, Los Angeles menjalankan analisis data membabitkan 3,100 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS).
Penyelidik mendapati seseorang yang berjalan 8,000 langkah satu atau dua hari seminggu berdepan 14.9 peratus kurang berkemungkinan untuk mati dalam tempoh 10 tahun, berbanding mereka yang langsung tidak pernah mencapai tahap itu.
Bagi mereka yang berjalan 8,000 langkah lebih tiga hari atau sepanjang seminggu, risiko kematian lebih rendah iaitu 16.5 peratus.
Manfaat kesihatan hasil berjalan 8,000 lebih satu atau dua hari seminggu dikenal pasti lebih tinggi untuk individu berumur 65 tahun ke atas.
“Bilangan hari seminggu berjalan 8,000 langkah atau lebih dikaitkan dengan risiko lebih rendah untuk semua punca dan kematian kardiovaskular,” kata penyelidik.
“Penemuan itu menunjukkan individu berkenaan mungkin menerima faedah kesihatan besar dengan berjalan beberapa hari seminggu,” tambahnya.
Untuk menjalankan kajian itu, penyelidik menggunakan kiraan langkah harian 3,100 peserta pada 2005 dan 2006. Selepas itu, data kematian 10 tahun kemudian akan analisis.
Dalam kalangan peserta, 632 orang tidak melakukan senaman itu dalam seminggu, 532 berjalan 8,000 langkah atau lebih satu hingga dua hari seminggu dan 1,937 berjalan 8,000 langkah atau lebih untuk tiga hingga tujuh hari seminggu.
Mengikut data Klinik Mayo, purata orang AS berjalan sekitar 3,000 hingga 4,000 langkah sehari.
Aktiviti seumpama itu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan kemurungan. BH
Berjalan 8,000 langkah dapat kurang risiko kematian awal
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low
- MP PAS digantung 3 hari
- Mahakamah Persekutuan putuskan Jumaat ini kedudukan akhir Najib Razak
- Janna tayang badan seksi lepas ‘workout’, netizen minta hormat bulan Ramadhan
- Fadzil soal Diana, netizen kecam tak payah ‘busy body’
- Rasmi X90 SUV terbaru PROTON
- Arab Saudi sahkan Anwar dijadual bertemu Raja Salman – Wisma Putra
- Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM
- Farid Kamil ada bukti wujud orang ketiga dalam rumah tangga
- Ameera Khan : Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Jadi Isteri
- 50 khemah karnival Aidilfitri terbalik, barang jualan rosak dibadai ribut [VIDEO]
- Diana elak Farid peluk
- Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diana peroleh hadanah interim dua anak