Bantuan Aidilfitri RM300 kepada RELA, sukarelawan bomba, polis dan APM

Bantuan Aidilfitri RM300 kepada RELA, sukarelawan bomba, polis dan APM

Lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan kali pertama yang diberikan itu menyaksikan setiap anggota akan mendapat bantuan tunai RM300.



“Selepas diteliti, ada kategori yang tidak dapat manfaat yang sama membabitkan mereka dalam kalangan bukan pekerja tetap iaitu sukarelawan sama ada RELA, APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba.

“Mereka ini juga menghadapi masalah maka saya bersetuju untuk berikan saguhati sebanyak RM300 bagi setiap sukarelawan. Bagaimanapun, saguhati ini tidak termasuk Polis Bantuan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu Anwar sekali lagi mengesahkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan disalurkan pada 5 April dengan peruntukan sebanyak RM1.26 bilion.

Anwar turut mengumumkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ditambah baik dengan meningkatkan dana jaminan pembiayaan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion.



Ini bagi membantu pembeli rumah kali pertama terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Mulai 1 April 2023, Kerajaan Malaysia akan meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka.

“Ikhtiar ini akan memanfaatkan khususnya isi rumah dalam kategori B40 dan M40,” katanya. BH

Bantuan Aidilfitri RM300 kepada RELA, sukarelawan bomba, polis dan APM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana



Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker