Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja

Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja

Kementerian Pendidikan wajar memulakan pembelajaran bersemuka hanya untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata cadangan pembukaan semula sekolah itu untuk semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, antara syarat yang dicadangkan ialah semua calon peperiksaan, guru, pekerja pejabat dan kantin, pengawal keselamatan dan pemandu bas sudah lengkap divaksin dan melepasi 14 hari vaksinasi kedua.

“Ibu bapa dan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pelajar tahun peperiksaan sepatutnya sudah menerima vaksin lengkap dan melepasi 14 hari vaksinasi kedua.

“Kementerian Pendidikan mestilah membentangkan kepada rakyat prosedur operasi standard (SOP) terkini pembukaan sekolah yang antaranya SOP keluarga, SOP perjalanan pergi dan balik sekolah dan SOP dalam kawasan sekolah yang boleh difahami dengan mudah.

“Pelajar lain (bukan tahun peperiksaan) boleh meneruskan persekolahan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga hujung tahun ini atau sehingga kes baharu COVID-19 turun ke angka yang dianggap selamat oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, guru yang tidak mahu divaksin boleh mengajar secara PdPR untuk murid bukan tahun peperiksaan. BH

Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker