Elak polemik isu Orang Asli dakwa dipaksa peluk Islam – Zahid
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun tiada ‘paksaan dalam beragama’ dalam Islam, namun dakwah perlu dilakukan bagi mengelak timbul kekeliruan.
Elak polemik isu Orang Asli dakwa dipaksa peluk Islam – Zahid
Isu pertukaran agama didakwa “secara paksa” andainya berlaku melibatkan Orang Asli tidak perlu dipolemikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, beliau akan memberi maklum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangani masalah itu untuk tindakan susulan bagi memastikan Orang Asli memeluk Islam diberi pendedahan ajaran agama berterusan supaya mereka tidak rasa “terpinggir”.
Zahid yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, berkata dalam Islam tiada “paksaan dalam beragama”, namun dakwah perlu dilakukan bagi mengelak timbul kekeliruan.
“Saya akan pastikan perkara begini akan dibincangkan dan dibawa untuk makluman Jakim bagi menangani masalah ini (serta) usaha dakwah sebagai tindakan susulan.
“Soal pengisian (dakwah) itu penting untuk dilakukan supaya tak timbul soal kekeliruan apatah lagi timbul gambaran seolah-olah ada paksaan.
“Tiada paksaan dalam beragama (dalam Islam), oleh itu kita elakkan perkara ini dipolemikkan dan ditangani dengan sebaik mungkin,” katanya.
Sehubungan itu, Zahid berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Sapiah Mohd Nor dan Pengerusi Seketariat Pembangunan Masyarakat Orang Asli Ramli Mohd Nor.
Semalam, sekumpulan 137 Orang Asli di Kuala Lipis itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan status mereka sebagai Islam.
Kumpulan penduduk kampung itu mendakwa mereka “secara salah dan haram” memeluk Islam, pada 1993.
Mereka mendakwa tidak pernah mengamalkan Islam, sebaliknya terus mengamalkan kepercayaan animisme sehingga hari ini. FMT
Elak polemik isu Orang Asli dakwa dipaksa peluk Islam – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Anak mengaku salah kelar ibu, adik
- Sup kaki ayam zombie bazar Ramadhan
- Ibu Neelofa Kongsi Amalan Bidaah Baca Bismillah 787 Kali – Ustaz Syihabudin
- Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu
- Yusof Haslam bersama bapa Sarah
- Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
- Mana Syamsul, tanya netizen
- Penduduk sabotaj kamera trafik ‘cekik darah’
- Reen Rahim akhirnya bangun sahur
- 4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor
- Along hina Islam, ugut peminjam
- Peniaga sembunyi lauk dalam tandas, nasi bungkus dalam mesin basuh
- Dakwaan bolot kekayaan negara, Mahathir melenting dengan Anwar!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil
You must be logged in to post a comment.