Tradisi goncang genta hampiri waktu berbuka diteruskan
Tradisi goncang genta hampiri waktu berbuka diteruskan
KUALA TERENGGANU: Tidak ramai menyedari bunyi ketukan genta atau loceng besar sebelum masuk waktu berbuka datangnya dari arah Bukit Puteri yang terletak berhampiran Istana Maziah, di sini.
Bunyi nyaring seolah-olah hentakan besi itu boleh didengari pada jarak kira-kira dua kilometer, 30 minit sebelum Maghrib, awal pagi dan 15 minit sebelum Imsak.
Mansur Awang, 73, dari Kampung Tanjung Pindah, Teluk Pasu, Manir dipertanggungjawabkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT).
Mansur yang mewarisi ketukan genta sejak awal 1960-an akan ke Muzium Negeri untuk mendapatkan kunci dan pemukul genta dua atau tiga hari sebelum Ramadan.
Disebabkan uzur, Mansur ditemani anaknya, Muhammad Muizzuddin, 24, dan anak saudaranya, Muhammad Hamidi Aminuddin, 29, untuk mendaki bukit setinggi 200 meter tiga kali sehari bagi menyempurnakan tanggungjawab itu.
Genta diperbuat daripada tembaga dan dihasilkan ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pada 1908.
Mansur yang mengambil alih tugas sebagai pemukul genta daripada arwah bapa saudaranya sejak berusia 20 tahun, berkata genta tidak boleh digoncang sesuka hati kerana boleh mencetuskan ketidaktenteraman.
“Hayunan pemukul pada genta akan dilakukan antara empat kali hingga 36 kali bergantung arahan ditetapkan JHEAT.
“Tugas menggoncang genta kini diambil alih Muhammad Muizzuddin dan Muhammad Hamidi berikutan kurang sihat terutama untuk memanjat lebih 200 anak tangga ke puncak bukit Puteri,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Berdasarkan catatan sejarah, genta berukuran lilitan kira-kira 228 sentimeter dengan ketinggian 78 sentimeter diperbuat daripada tembaga kuning seberat 175 kilogram itu pada awalnya digunakan sebagai loceng kecemasan.
Genta akan dibunyikan oleh ‘budak raja’ selepas menerima pelbagai ancaman yang melanda negeri termasuk orang mengamuk, kebakaran dan terdapat musuh melanggar negeri ini.
Apabila genta dibunyikan, pembesar dan rakyat akan menutup pintu kediaman masing-masing bersembunyi di dalam Istana Maziah bersama pembesar serta bersiap sedia bersama senjata serta menunggu arahan termasuk untuk berperang.
Mengulas lanjut, Mansur berkata, genta akan digoncangkan sebanyak 12 kali pada setengah jam sebelum waktu berbuka, jam 1 pagi sebanyak 36 kali dan empat kali pada setengah jam sebelum waktu Imsak.
Katanya, goncangan setengah jam sebanyak 12 kali sebelum waktu berbuka menandakan menghampiri waktu berbuka bagi membolehkan persiapan memasak atau menyediakan juadah.
“Goncangan sebanyak 36 kali pada tengah malam dianggap sebagai mengejutkan suri rumah untuk memasak hidangan bersahur.
“Goncangan genta sebanyak 12 kali akan dilakukan sehari sebelum Ramadan sebagai tanda keesokan hari permulaan puasa dan 12 kali pada setengah jam sebelum solat sunat Aidilfitri,” katanya.
Mansur berkata, pengalaman sukar dilupai apabila genta tidak mengeluarkan bunyi walaupun digoncang beberapa kali, selain dimarahi penduduk kerana lewat memukul genta walaupun azan menandakan waktu berbuka sudah berkumandang di masjid dan surau.
“Genta tidak berbunyi walaupun berpuluh kali digoncang sudah beberapa kali berlaku kerana dikaitkan dengan pantang larang,” katanya. BH
Tradisi goncang genta hampiri waktu berbuka diteruskan
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.