Fazura sasar kutip 200,000 tudung untuk derma

Fazura sasar kutip 200,000 tudung untuk derma

Aktres Nur Fazura buat julung kali menjalinkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dalam program Kelestarian Korporat.

Ia sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Menerusi kerjasama itu, Nur Fazura, 40, atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkata, pihaknya menjalankan program Tudung Lama Kasi Baru iaitu kempen penyerahan tudung lama untuk disalurkan kepada wanita yang memerlukan.

Kempen penyerahan tudung ‘preloved’ dijalankan sejak tahun lalu itu bertujuan membantu lebih ramai wanita yang tidak mampu membeli tudung.

“Alhamdulillah, ini kali pertama saya bekerjasama dengan MATRADE dan sangat bersyukur dipilih menjadi rakan korporat kelestarian.

“Menerusi kerjasama ini juga kami mengadakan kempen Tudung Lama Kasi Baru yang dilancarkan, tahun lalu. Kali ini, ramai datang menyerahkan tudung lama masih dalam keadaan baik untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

“Sesiapa yang menyerahkan tudung akan menerima baucar dan tudung. Tahun lalu, kami berjaya kutip 30,000 tudung dan kami sasarkan jumlah lebih besar iaitu 200,000 tudung, tahun ini,” katanya yang ditemui BH Online di MIHAS 2023, baru-baru ini.

Nur Fazura berkata, kempen itu mendapat sambutan sangat memberangsangkan dan berterima kasih atas sokongan orang ramai.

“Inisiatif ini banyak buat orang teruja kerana niat kami memang mahu bantu hijabista yang tidak mampu membeli tudung.

“Secara peribadi, kempen ini sangat baik sebab daripada simpan tudung, lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan sebab tidak semua orang mampu beli tudung baharu.

“Jadi, tukar tudung lama dan dapatkan tudung baharu. Kami berharap program ini dapat membantu lebih ramai wanita untuk bertudung,” katanya.

Nur Fazura berkata, dia mendapat inspirasi mengadakan kempen ketika pandemik COVID-19 lalu.

“Ketika itu, saya masih belum bertudung dan ketika Ramadan, saya berlatih bertudung selama sebulan.

“Jadi, secara kebetulan ada stok tudung yang lama tersimpan, abang saya tanya sama ada mahu jual tudung berkenaan. Saya jual tudung dengan harga RM25, tak sampai satu atau dua jam habis.

“Kemudiannya, bila saya buat ‘live’ di laman sosial, ramai yang tanya bila saya mahu keluarkan tudung lagi. Jadi, tercetusnya idea nak keluarkan tudung sendiri, rasa seronok bila keluarkan dan pakai tudung sendiri.

“Alhamdulillah, Allah SWT buka jalan dan terus berhijab. Saya jual tudung dengan harga rendah kerana saya mahu semua orang mampu pakai tudung.

“Saya tahu ramai yang nak pakai tudung, tetapi tak mampu lebih lagi ketika pandemik lalu.

“Ini adalah rezeki saya, pasukan dan semua yang nak pakai tudung saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nur Fazura juga kerap berulang alik ke Jakarta, Indonesia untuk menyiapkan album dan beberapa projek lain.

“Takut nak kongsi banyak nanti risau tak jadi pula. Tetapi, saya kongsi menerusi ‘vlog’ saya, Life In The Faz Lane di YouTube.

“Bercakap pasal kerjaya, saya akan mengeluarkan album, tahun depan dan kini saya sedang mengumpulkan bahan dari komposer Indonesia seperti Melly Goeslow dan Ahmad Dhani.

“Ada juga komposer tempatan antaranya Ippo Hafiz dan Zizi Kirana turut terbabit.

“Pada 27 September sempena hari jadi, saya akan lancarkan lagu dengan Ahmad Dhani iaitu Jika Cinta Allah.

“Selain itu, saya juga akan melancarkan acara yang saya akan kongsikan, moga semuanya dipermudahkan,” katanya. BH

Fazura sasar kutip 200,000 tudung untuk derma

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker