Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini
10 LARANGAN DALAM BULAN RAMADHAN
Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini
1. JANGAN LEMAH HATI :
Sebab bila lemah hati jasad akan turut lemah, lawan malas dan lawan mengantuk.
2. JANGAN TINGGAL SOLAT :
Jangan hairan bila ada saja orang puasa tapi tak solat so tegurlah kalau ada orang macam itu, tapi tegurlah secara berhemah.
3. JANGAN BOROS WAKTU BERBUKA :
Bulan ramadhan ni bukan bulan makan-makan tapi bulan ibadah, ustaz pesan kalau nak ke bazar ramadhan jangan ramai-ramai tapi pergi seorang saja supaya tak beli banyak.
4. JANGAN TINGGAL QIAM :
Bangunlah disepertiga malam untuk mengabdikan diri kepada ALLAH tambahan pula pahala berganda-ganda dalam bulan ramadhan ni.
5. JANGAN SIBUK DENGAN SAHUR HINGGA LUPA SUBUH :
Ini biasanya berlaku di rumah, makanan banyak sangat makan kenyang-kenyang sampai tak larat tunggu subuh dah terlelap sampai pagi. Kadang-kadang terawih pun ditinggalkan.
6. JANGAN TUNJUK AURAT :
Aurat ini wajib tutup maknanya berdosa tayang aurat. Orang yang buka aurat rosak pahala puasa rosakkan pula pahala puasa orang lain. Kasihanilah dekat orang lebih-lebih lagi diri sendiri.
7. JANGAN TERLALU BANYAK TIDUR :
Tahulah puasa letih sikit tapi janganlah bayak sangat tidur. Ada yang tidur sepanjang hari di waktu siang. Kalau tidur qailullah(tidur sekejap waktu siang untuk sedia tenaga bagi digunakan waktu malam) tak jadi masalah.
8. JANGAN TINGGAL TERAWIH TANPA SEBAB :
Terawih ni sunat muaqqad lagipun cuma ada di bulan ramadhan saja, rugi besar tak buat terawih ni apatah lagi kalau ini adalah ramadhan terakhir kita.
9. JANGAN KURANGKAN BACA AL QURAN :
Sepatutnya bulan ramadhan ini makin banyak mengaji tapi ada pula orang yang semakin kurang mengaji. Sebabnya letih dan terbanyak tidur.
10. JANGAN BANYAK SHOPPING
Shopping sepatutnya dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi. Jadi bila tiba Ramadhan kita boleh tumpu beribadat.
Selamat melaksanakan ibadah berpuasa.
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
- Saya mungkin adakan bicara di hospital atau rumah Siti Nuramira, hakim beri amaran
- Ayahanda bazar Ramadhan hisap darah
- Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik
- Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar
- Puteri Sarah fail hadanah
- Chris Rock dan kita
- Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah
- Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali
- Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
- Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati
- Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]
- Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.