Anwar tiba di Jeddah bagi lawatan rasmi

Anwar tiba di Jeddah bagi lawatan rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jeddah bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mengadakan lawatan rasmi atas undangan Kerajaan Arab Saudi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, ketibaannya disambut Gabenor Jeddah, Yang Mulia Putera Saud Bin Abdullah Bin Jalawi Al Saud.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama sedia ada di samping meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.

“Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya di sini hari ini. K Online

Anwar tiba di Jeddah bagi lawatan rasmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker