Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin

Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin

Mesir dan Jordan menegaskan mereka tidak membuka pintu kepada pelarian Palestin disebabkan beberapa faktor.

Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, berkata perang yang berlaku antara Palestin dan Israel bukan bertujuan memerangi Hamas sebaliknya cubaan mendorong orang awam khususnya di Semenanjung Gaza berhijrah ke negaranya.

Beliau memberi amaran situasi itu boleh merosakkan keamanan di rantau ini.

Jumlah pelarian Palestin (dalam juta) yang berdaftar dengan UNRWA
Jumlah pelarian Palestin (dalam juta) yang berdaftar dengan UNRWA
Tambahan pula, beliau mendakwa perpindahan besar-besaran berisiko membawa militan ke Semenanjung Sinai, Mesir sehingga memungkinkan kumpulan itu melancarkan serangan ke atas Israel dari Mesir.

Berikutan itu, Mesir bimbang mungkin sejarah akan berulang dan sebilangan besar pelarian Palestin dari Gaza akan kekal selama-lamanya kerana tidak jelas bagaimana perang ini akan berakhir.

“Pertempuran boleh berlangsung selama bertahun-tahun jika Israel berhujah pihak mereka tidak cukup menghancurkan militan.

“Mesir mencadangkan Israel menempatkan penduduk Palestin di Gurun Negez yang berjiran dengan Semenanjung Gaza, sehingga ia menamatkan operasi ketenteraannya,” katanya memetik portal Arab News.

El-Sisi turut mengulangi amaran bahawa penghijrahan penduduk dari Gaza didakwa bermatlamat menghapuskan perjuangan Palestin.

Jika berlangsung rundingan sejak awal dulu lagi, beliau menegaskan tidak akan berlaku peperangan seperti di Palestin sekarang.

“Dengan kehadiran pejuang Palestin, Sinai akan menjadi pangkalan untuk serangan ke atas Israel. Israel akan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan akan menyerang wilayah Mesir.

“Justeru, kedamaian yang kami capai akan lenyap dari tangan kami kerana semuanya demi idea menghapuskan perjuangan Palestin,” katanya.

Raja Jordan, Raja Abdullah, pula menegaskan pengusiran penduduk Palestin ke negaranya cuba membuka peluang kepada Israel untuk membatalkan tuntutan negara berdaulat Palestin.

Sehubungan itu, beliau senada dengan Mesir dengan mengatakan “tiada pelarian di Jordan dan tiada pelarian di Mesir”.

Mengikut sejarah, kedua-dua negara itu banyak menerima perpindahan penduduk Palestin apabila perang berlaku pada 1948 bagi membentuk Israel, dianggarkan seramai 700,000 rakyat Palestin diusir atau melarikan diri.

Rakyat Palestin merujuk peristiwa itu sebagai Nakba yang bermaksud malapetaka.

Dalam perang Asia Barat 1967, apabila Israel merampas Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, 300,000 lagi rakyat Palestin terpaksa melarikan diri, kebanyakannya ke Jordan.

Kini hampir enam juta pelarian kebanyakannya tinggal di kem serta komuniti di Tebing Barat, Gaza, Lubnan, Syria dan Jordan, termasuk ada membina kehidupan di negara Teluk Arab atau Barat. BH

Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker