Donald Trump bakal ditangkap esok

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjangkakan beliau akan ditangkap esok namun, tidak memberikan sebarang butiran mengenai bagaimana maklumat tersebut diketahuinya, lapor akhbar Metro UK.

Dalam tulisannya di rangkaian media sosial, Truth Social, Trump menulis bahawa kebocoran maklumat daripada pejabat Peguam Daerah Manhattan menyebut ‘calon parti Republikan terkemuka dan bekas Presiden AS akan ditangkap pada Selasa.’

Berikutan itu, Trump menggesa para penyokongnya untuk melakukan protes jika benar penangkapan itu berlaku.

Dakwaan itu dibuat ketika seorang pendakwa raya New York meneliti pertuduhan dalam kes bekas Presiden tersebut di mana belau didakwa menyerahkan wang tunai kepada wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan seksual dengannya.

Pegawai penguatkuasa undang-undang di New York telah membuat persiapan keselamatan mengenai kemungkinan Trump boleh didakwa atas tuduhan tersebut.

Dalam beberapa kenyataannya di media sosial, Trump mengulangi dakwaan bahawa ‘kemenangannya telah dicuri’ sambil merujuk kepada pilihan raya Presiden 2020 yang mana beliau kalah kepada Presiden AS terkini, Joe Biden.

Beliau turut menggesa para penyokongnya untuk membantah perkara berkenaan.

Juri Agung di Manhattan telah mendengar daripada beberapa saksi termasuk bekas peguam Trump, Michael Cohen yang menyatakan ahli perniagaan itu mengatur pembayaran pada 2016 kepada dua wanita untuk ‘menutup mulut’ tentang hubungan seksual yang mereka dakwa pernah berlaku dengannya.

Namun, Trump menafikan perkara itu sambil berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan telah menganggap siasatan kes tersebut sebagai perbuatan jahat pendakwa raya  parti Demokrat yang ingin mensabotaj kempen pilihan raya presiden AS pada 2024. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker