Umno Alor Setar tawar kerusi Parlimen pada Khairy

Umno Alor Setar tawar kerusi Parlimen pada Khairy

Ketika Khairy Jamaluddin mengakui beliau bimbang kerana masih belum ada kawasan untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno bahagian Alor Setar tampil menawarkan kerusi kepada menteri kesihatan itu.

Ketua Umno Alor Setar Mohd Yusof Ismail membuat tawaran itu kerana menyifatkan Ahli Parlimen Rembau adalah aset yang mempunyai kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi Parlimen tersebut.

“Kalau beliau (Khairy) tiada tempat untuk bertanding, kami sedia tawarkan Parlimen Alor Setar kepadanya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Yusof berkata, individu seperti Khairy diperlukan untuk bertanding di Alor Setar kerana aset dan kelebihan yang ada sekali gus membolehkan BN merampas kembali kerusi itu.

Parlimen Alor Setar kini dipegang oleh PKR untuk penggal kedua berturut-turut sejak 2013.

“Kalau ada calon contohnya macam Khairy, kita memang alu-alukan, jadi kita pun boleh bernaung di bawah payung yang besar,” katanya.

Beliau turut mengakui pernah mempelawa Khairy bertanding di Alor Setar sebelum ini.

“Saya ada berhubung dengan Khairy, kita berbincang sedikit sebanyak. Saya kata, jika fikir sesuai, saya setuju sahaja.

“Saya pun memang menjemput dia, sebab dia pun dengan Kedah bukanlah lari banyak. Mak dia pun orang sini, orang Alor Setar, jadi dia kalau tak ada tempat lain, (boleh bertanding di sini),” katanya.

Hari ini, Khairy berkata, kerisauan mengenai kelangsungan kerjaya politiknya melebihi kebimbangan Jemaah Menteri mengenai sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.

“Kebimbangan saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU15).

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu. FMT

Umno Alor Setar tawar kerusi Parlimen pada Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker