Lebih 50 ahli Umno Perak dikesan sabotaj parti semasa PRU15 – Saarani

Lebih 50 ahli Umno Perak dikesan sabotaj parti semasa PRU15 – Saarani

Umno Perak sudah mengenal pasti lebih 50 ahlinya yang mensabotaj parti dengan melakukan pelbagai kesalahan semasa tempoh PRU15 termasuk berkempen untuk parti lawan.

Ketua Umno Perak Saarani Mohamad berkata, senarai nama dan laporan berhubung perkara itu sudah dihantar kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin (Umno) negeri dan pusat .

Saarani berkata daripada jumlah itu, 17 orang daripada Umno Bahagian Larut telah dipecat, manakala lebih sebahagian lagi termasuk dari bahagian lain, sedang disiasat sebelum tindakan lanjut dikenakan.

“Ada yang tidak jadi calon, pencadang atau penyokong kepada pembangkang, tetapi semasa tempoh berkempen, dia terang-terang sama ada dia ceramah atau bawa bendera pembangkang atau kempen bagi pihak pembangkang.

“Sehubungan itu kita telah hantar laporan kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin (Umno) negeri dan juga Malaysia, dan sebahagiannya pun telah dipecat. Yang lainnya kita tunggu sehingga jawatankuasa pengurusan parti umumkan,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat negeri Perak di Ipoh sebagai mengulas laporan media semalam, bahawa tindakan mensabotaj sesama sendiri dikenal pasti antara faktor utama kekalahan teruk Umno di Perak semasa PRU15.

Sementara itu, Saarani berkata beliau berpuas hati dengan proses perjalanan pemilihan Umno di Perak semalam.

“Tiada berlaku kekecohan yang serius dan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) bertugas dengan baik, malahan kebanyakan mereka telah mengambil pengalaman pada 11 Mac yang lalu untuk mereka perbaiki.

“Jadi saya harap mereka yang dipilih bersyukur, terima kasih dan berazam untuk beri perkhidmatan yang baik. Yang tidak berjaya jangan putus asa, jangan merajuk, jangan sabotaj parti kerana kalau nak beri sumbangan, kita boleh beri sumbangan dalam apa jua keadaan,” katanya. FMT

Lebih 50 ahli Umno Perak dikesan sabotaj parti semasa PRU15 – Saarani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker