54 ketua bahagian UMNO muka baharu
54 ketua bahagian UMNO muka baharu
Terdapat 54 muka baharu tampil sebagai ketua bahagian UMNO bagi pemilihan UMNO kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad, berkata, ia jelas menunjukkan berlakunya perubahan politik dalaman pada pemilihan 2023.
“Hampir 30 peratus muka baharu dan perubahan tersebut bukan melibatkan satu negeri sahaja malah berlaku secara keseluruhan antaranya Wilayah Persekutuan ada enam muka baharu.
“Selain itu Melaka (3 ), Kedah (5), Terengganu (3), Pulau Pinang (2), Kelantan (5), Negeri Sembilan (2), Pahang (5), Johor (10), Perak (4), Selangor (6) dan Perlis,” katanya ketika sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam masa sama, beliau turut menegaskan supaya etika ditekankan oleh seluruh perwakilan yang terlibat dalam pemilihan akan datang.
“Kita tekankan kualiti kepada 190,000 ahli UMNO yang terlibat supaya patuh soal tata etika.
“Selain itu perlu juga mempunyai kefahaman dan tanggungjawab kerana kalau dinilai dari kuantiti sahaja, ia bukan tanda amalan demokrasi sebenar,” jelasnya. K Online
54 ketua bahagian UMNO muka baharu
Baca Artikel Menarik:
- Datin Paduka Eina Azman ada masalah rumahtanggakah?
- Uqasha lapor polis difitnah kaki buli di sekolah
- Kenyataan Media Syed Mokhtar
- Rayu lawat kubur isteri selepas tembak matinya
- Pelajar jatuh cinta pada guru sejak tingkatan 3 akhirnya jadi isterinya yang sah [VIDEO]
- Kehidupan hancur, 6 tahun berkahwin baru tahu isteri rupanya saudara kandung
- Jantung bengkak dan jangkitan kuman, Ustaz Azhar Idrus ditahan di hospital
- ‘Datuk Roy’ juga dikait siasatan penipuan RM2 juta
- Tolak ‘calon proksi’ pada pemilihan ini – Zahid
- Lelaki ‘bertanduk’ meninggal dunia pada usia 140 tahun
- Tukar Pengundi: Taktikal terancang rampas kawasan dalam PRN
- Dah mabuk, pukul polis pula
- Speaker ‘back up’ Wee Ka Siong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.