Sedia tempat untuk ‘beromen’, pemilik cafe berhadapan dengan 30 kali sebatan

Seorang pemilik kafe dihukum sebatan sebanyak 30 kali kerana menyediakan tempat untuk pasangan belia melakukan perbuatan tidak senonoh, lapor portal berita Tribun Medan semalam.

Majlis Hakim Mahkamah Syariah Tapaktuan menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pemilik kafe berinisial RD kerana menyediakan tempat untuk pasangan muda-mudi bermesraan hingga melakukan hubungan yang hanya dilakukan oleh suami isteri di kafe miliknya di Ujung Tanah, Samadua, Aceh Selatan.

Ketua Hakim, Ervy Sukmarwati menyatakan tertuduh, RD terbukti menyediakan kemudahan untuk golongan belia melakukan perbuatan tersebut dan hukuman terhadapnya dijatuhkan pada Rabu lalu.



Dia didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 5 November tahun lalu pada waktu malam dan pihak berkuasa agama menemui pasangan yang sedang bermesraan di kafe miliknya.

Pihak berkuasa juga menemui kondom di sekitar warung milik RD.

RD mengaku kafe miliknya terdapat beberapa pondok kecil berukuran 1 meter yang ditutupi kain terpal dan tanpa lampu dan dia menyesal di atas perbuatannya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker