Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Tangkap layar video tular di laman TikTok kongsian @Aiman92.

Tindakan seorang peniaga mengagih-agihkan buah tembikai secara percuma kepada pengguna jalan raya yang sedang menghadapi kesesakan lalu lintas menarik perhatian orang ramai setelah tularnya sebuah video di laman TikTok, semalam.

Menurut hantaran berdurasi satu minit 14 saat yang dikongsi oleh @Aiman92, dia bertindak sedemikian dengan niat untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Kongsi rezeki ketika jalan tengah sesak. Hati-hati memandu semua, semoga selamat sampai ke destinasi.

“Kalau selepas ini sesak lagi, kita beri pula air timun cina (tembikai),” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna yang berasal dari Pantai Timur menyuarakan kekaguman mereka terhadap kemurahan hati peniaga tersebut.


Baca Artikel Menarik:

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah


Malah, ada juga yang turut berasa bangga dengan sikap peniaga itu yang mencerminkan kemesraan serta cara hidup bermasyarakat yang sudah sebati dalam kalangan warga Pantai Timur.

“Terbaik orang Pantai Timur, walaupun dipandang rendah oleh negeri-negeri lain, aku bangga jadi orang Pantai Timur,” kata @rosehasan.

“Inilah apa yang orang kata sedekah jariah. Nampak macam tidak seberapa tetapi amalan inilah yang kita bawa sampai mati,” kata @pendeka.

“Kalau hari-hari sesak pun tak apa macam ini, ada yang bagi makanan percuma. Ini tidak termasuk lagi yang bagi guna tandas percuma,” kata Arien.

“Ini ‘vibe’ yang kita tidak akan dapat di mana-mana. Teruskan abang, buat lagi tahun depan. Semoga dimurahkan rezeki,” kata Irah.


Baca Artikel Menarik:

Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara


Kini, hantaran tersebut telah menerima 52,900 tanda suka dan 728,500 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker