Ismail Sabri Tidak Cerewet Dalam Memilih Makanan – Isteri

Ismail Sabri Tidak Cerewet Dalam Memilih Makanan – Isteri

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

“Saya memang dah biasa dengan kesibukan dia dan bila dia balik apa yang ada dia makan saja. Dia memang tak banyak kerenah,” katanya kepada media selepas menyertai Program Memasak Citarasa Floria sempena penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022, di sini hari ini.



Menurut Muhaini, antara petua menjadikan masakan lebih enak ialah menggunakan air tangan sendiri dan memasak dengan ikhlas.

“Pertama, petua air tangan memang tak boleh dinafikan. Kedua, kena buat sesuatu dengan kasih sayang. Kalau kita masak atau apa benda semua, (buat dengan) ikhlas dan dengan kasih sayang, insya-Allah,” katanya.

Mengenai penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022, Muhaini berkata beliau teruja dapat merasai kemeriahan festival berkenaan serta melihat sendiri bagaimana acara itu menghimpunkan Keluarga Malaysia dari seluruh negara.

“Di sini kita nampak Keluarga Malaysia bersatu-padu dan menikmati keindahan dan keamanan Malaysia.



“Keluarga Malaysia maknanya satu keluarga yang berhimpun untuk hidup dalam berkasih sayang dan mencintai antara satu sama lain, barulah kita boleh aman atas dunia ini,” katanya.

Festival edisi ke-12 bertemakan Floria Hebat dan orkid sebagai bunga tema itu, membuka tirai kepada pengunjung sejak Isnin lepas (29 Ogos) hingga 4 Sept ini.

Kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies ditampilkan pada festival tersebut.– BERNAMA

Ismail Sabri Tidak Cerewet Dalam Memilih Makanan – Isteri



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker