Penghakiman Rosmah bocor: Polis rakam kenyataan hakim, pegawai mahkamah

Penghakiman Rosmah bocor: Polis rakam kenyataan hakim, pegawai mahkamah

Polis sudah merekod kenyataan hakim Mahkamah Tinggi bagi meneruskan siasatan kebocoran dokumen unit penyelidikan mahkamah berhubung keputusan terhadap Rosmah Mansor.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan kira-kira 10 individu termasuk pegawai mahkamah dan hakim, Zaini Mazlan yang menyampaikan keputusan terhadap Rosmah semalam.

“Perkara itu masih dalam siasatan. Kami sudah merekodkan kenyataan pegawai mahkamah dan juga hakim. Kami kini dalam proses mengenal pasti pihak yang membocorkan dokumen itu,” katanya pada sidang media.

Sebelum ini, penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu di laman webnya pada 29 Ogos dan mendakwa bahawa “keputusan bersalah telah pun ditulis.”

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn, dalam afidavit balasnya kepada peguam Rosmah semalam menegaskan bahawa penghakiman dikatakan itu sebenarnya adalah penulisan cadangan oleh Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Zaini menegaskan bahawa beliau sendiri yang menulis semua penghakimannya dan tidak akan menggunakan dokumen yang dikatakan bocor dalam penghakimannya.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta semalam selepas didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Beliau mendapat kebenaran penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, polis memaklumkan akan merekod kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli minggu depan.

Ia susulan laporan polis dibuat Selasa lalu oleh pembantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad terhadap Rafizi berhubung dakwaan mengaitkannya dengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Rafizi mendakwa isteri Latiff mempunyai kaitan dengan dua syarikat yang terlibat dalam penyelewengan dana projek LCS, yang berulang kali dinafikan oleh Ahli Parlimen Mersing itu. FMT

Penghakiman Rosmah bocor: Polis rakam kenyataan hakim, pegawai mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker