Sanusi tuju pantun buat Ismail

Sanusi tuju pantun buat Ismail

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menujukan serangkap pantun buat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Pantun pada akhir ucapannya itu berbunyi dari Kedah ke Parit Sulong, menganyam rindu jarang bertemu, alangkah baik sikapmu Pak Long, ingin kami berlama-lama denganmu.



Ia kemudian mendapat tepukan daripada ribuan hadirin yang hadir sebelum Perdana Menteri menyampaikan ucapan perasmiannya.

Pantun tersebut seakan-akan membayangkan Muhammad Sanusi akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Muhammad Sanusi kemudian memuat naik hantaran pantun itu di laman Facebook rasminya.

Pantun berkenaan mendapat maklum balas daripada netizen.



“Insha-Allah ada tersirat ayat itu, semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat serta merahmati untuk PM, MB Kedah, menteri, Exco Kedah dan sahabat-sahabat negeri dalam dan luar Kedah,” ujarnya mereka. K Online

Sanusi tuju pantun buat Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker