SPRM mahu senarai 101 syarikat didakwa dapat kontrak RM6.1 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan senarai 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.1 bilion daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.

“Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan media hari ini.

SPRM juga mengesahkan menerima beberapa memorandum dari beberapa NGO mengenai kontrak bernilai RM6.1 bilion yang diberikan melalui tender langsung.



Kontrak berkenaan didedahkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam.

Tengku Zafrul menggemparkan parlimen semalam ketika dia menjawab Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan yang bertanya apakah ada rundingan langsung di bawah pemerintahan PH, berapa banyak yang ada, dan berapa nilai keseluruhannya.

Menjawab kecaman anggota parlimen kerajaan di parlimen, Lim mengatakan bahawa projek-projek tersebut telah mendapat persetujuan kabinet.

Dakwaan itu kemudiannya dibantah oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, yang sebelumnya memegang jawatan sebagai menteri hal ehwal ekonomi di bawah pentadbiran PH.



Sejak itu, pemimpin Umno dan PAS menggesa kerajaan PN untuk mendedahkan senarai syarikat yang diberikan kontrak berkenaan.

Awal hari ini, anggota Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendesak kerajaan untuk membatalkan kontrak berkenaan.

Razlan berkata, sekiranya kerajaan tidak berbuat demikian, ia akan dianggap sebagai bersekongkol dengan PH.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker