Lapor polis atau saya akan buat, Wee beritahu Deepak

Lapor polis atau saya akan buat, Wee beritahu Deepak

Wee Ka Siong memberi tempoh tiga hari kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan membuat laporan polis berhubung penafiannya pernah menghubungi Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkait kenyataannya mengenai telur ayam diimport dari India.

Menurut presiden MCA itu, jika ahli perniagaan berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh terbabit, beliau sendiri akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat.



Wee berkata, segala persoalan akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis, termasuk identiti pemilik nombor telefon bimbit yang menghubunginya dan individu menyamar sebagai ahli perniagaan berkenaan.

Wee, Deepak dan syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd berperang mulut sejak beberapa hari lalu berhubung kontroversi telur import.

Semalam, Wee menggesa Deepak membuat laporan polis selepas menafikan pernah menghubunginya.

Jelasnya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga mengeluarkan kenyataan memandang serius penyalahgunaan namanya dalam panggilan mengugut Wee.



“Demi menjaga nama baik PMO serta membersihkan namanya sendiri, saya sekali lagi meminta Deepak jangan berdiam diri lagi, buat laporan polis segera.

“Jika tidak, dalam masa tiga hari saya sendiri akan membuat laporan agar polis dapat menyiasat kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Wee berkata, beliau berasa lucu kerana J&E Advance Tech Sdn Bhd dalam kenyataan media mengakui pernah menghubunginya.

“Jadi, siapa sebenarnya yang membuat panggilan telefon kepada saya memandangkan Deepak menafikan sebarang kaitan dengan syarikat itu?



“Adakah ini membuktikan J&E Advanced Tech Sdn Bhd membuat panggilan kepada saya dan menggelar dirinya sebagai ‘Deepak’?

“Segala-galanya akan terjawab jika Deepak membuat laporan polis,” katanya. FMT

Lapor polis atau saya akan buat, Wee beritahu Deepak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker