Internet punca jenayah seksual terhadap kanak-kanak naik – Aiman Athirah

Internet punca jenayah seksual terhadap kanak-kanak naik – Aiman Athirah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu tindakan tegas diambil untuk menyekat laman sesawang pornografi dalam usaha menangani peningkatan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, masyarakat juga perlu diberi kesedaran dan perhatian mengenai isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Ini berlaku kerana media sosial dan pengaruh internet. Kadangkala ia disebabkan tiadanya kawalan terhadap penggunaan internet untuk menonton pornografi.

“Tindakan tegas perlu diambil untuk terus menyekat laman sesawang pornografi yang boleh diakses pada bila-bila masa,” katanya selepas merasmikan Karnival Hari Wanita Antarabangsa Kelantan (Hawa) 2023 di Tunjong, Kota Bharu.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan semalam bahawa jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita meningkat kepada 12,890 kes tahun lalu berbanding 11,092 kes pada 2020.

Katanya, masalah itu sukar dibendung kerana masyarakat terdedah kepada terlalu banyak pengaruh melalui telefon pintar, televisyen dan internet.

“Kementerian ini bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Kami akan terus meneliti apa saja ruang dan faktor yang boleh membawa kepada jenayah tersebut terus berleluasa untuk ditangani bersama.”

Katanya, polis di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) mengambil langkah dengan menambah baik kaedah membabitkan jenayah terhadap kanak-kanak. FMT

Internet punca jenayah seksual terhadap kanak-kanak naik – Aiman Athirah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker