Dominasi Shahidan sebagai Ketua Bahagian UMNO Arau berakhir

Selepas hampir 30 tahun Datuk Seri Shahidan Kassim mendominasi UMNO Arau, pemilihan parti itu kali ini menyaksikan bahagian tersebut mempunyai ketua baharu selepas Datuk Rozabil Abd. Rahman menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan.

Perkembangan tersebut menyaksikan UMNO bahagian berkenaan bakal berwajah baharu dengan barisan kepemimpinan yang lebih segar termasuk di peringkat sayap-sayap parti.

Rozabil berkata, barisan kepemimpinan baharu ini bakal membawa perubahan besar bukan sahaja di bahagian malah di peringkat negeri untuk parti kembali bangkit selepas ini.



Katanya, beliau percaya kebangkitan UMNO Perlis akan bermula selepas kalah semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ujarnya, persidangan UMNO Bahagian Arau juga menarik kehadiran yang cukup ramai malah ramai pemimpin terdahulu yang kembali semula untuk membantu kebangkitan parti dengan barisan kepemimpinan baharu.

“Terima kasih kepada perwakilan memberi mandat kepada saya dalam mengetuai UMNO Bahagian Arau ini. Secara amnya, kita akan dapat melihat wajah-wajah baharu dalam kepemimpinan.

“Wajah-wajah baharu itu bukan sahaja di Bahagian Arau malah di Kangar dan juga Padang Besar. Kebangkitan UMNO akan bermula kembali dan kita sebenarnya masih ada sinar di hujung terowong,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di sini hari ini.



Selain Rozabil yang menang tanpa bertanding, jawatan-jawatan ketua sayap parti seperti Pemuda, Wanita dan Puteri sebelum ini juga menyaksikan tidak ada pertandingan.

Pemuda UMNO Arau diketuai Abdul Azim Abdullah, Puteri pula dipimpin oleh Aida Syafinaz Isa manakala Rozieana Ahmad mengetuai pergerakan Wanita UMNO Arau.

Tambah Rozabil, beliau akan berusaha membawa membawa perubahan besar melalui pendekatan dan program-program yang bakal diatur serta dilaksanakan.

“Insya-Allah kita akan buat perubahan besar. Tidak mungkin saya akan lakukan seperti kepemimpinan terdahulu. Saya ada cara tersendiri,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker