Dedah individu kemaruk kuasa main sentimen kaum – Putra

Dedah individu kemaruk kuasa main sentimen kaum – Putra

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim digesa mendedahkan identiti atau kumpulan cuba meniupkan sentimen kaum serta agama kerana kehilangan kuasa.

Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, gambaran jelas perlu diberikan kerana pasukan keselamatan juga perlu digerakkan bagi menangani ancaman berkenaan.



“Kita desak perdana menteri dedahkan dengan jelas siapa yang dimaksudkan mengancam keselamatan negara kerana kemaruk atau gila kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Anwar dilaporkan memberi amaran kepada pihak tertentu jangan “menghangatkan suhu” kaum atau agama kerana kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan usaha sedemikian.

Katanya, beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang usaha ke arah itu.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani pula memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menjejaskan keharmonian.



Kenyataan itu menyusul siasatan polis ke atas hantaran Facebook Che’Gubard Original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan gerakan “Kristian Evangelist” dengan mendakwa kementerian itu menyalurkan dana kepada sebuah badan bukan kerajaan untuk mengajak belia bukan Kristian melawat gereja.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sudah membuat laporan polis terhadap hantaran itu dan menegaskan tiada peserta Islam terbabit dalam program berkenaan. FMT

Dedah individu kemaruk kuasa main sentimen kaum – Putra

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker