Usah perlekeh Syafinaz – Ajai

Usah perlekeh Syafinaz – Ajai

Komposer dan penyanyi, Ajai, 48, mempertahankan sahabatnya, Datuk Syafinaz Selamat yang dikecam termasuk dalam aspek status sebagai juri program realiti bakat, susulan persembahan pada Konsert Ini Baru Bintang 3 terbitan RTM, baru-baru ini.

Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas berkata, ilmu dan pengalaman bertahun dalam industri muzik melayakkan Syafinaz termasuk dirinya duduk di kerusi juri pertandingan. Justeru, tidak wajar orang ramai mempertikaikan perkara itu.

“Mungkin orang tidak biasa dengar Syafinaz menyanyi soprano sebab itu bukan pasaran Malaysia. Tetapi, kita jangan perlekeh ilmunya. Kalau beliau berijazah, takkan kita mahu meremeh-remehkan?

“Seperti kita boleh lihat, tidak semestinya pengadil pandai main bola. Tetapi dia tahu undang-undang di padang. Sebab itulah saya cakap, muzik bukan sekadar hobi, ia adalah mata pencarian.

“Kalau dahulu mungkin orang boleh anggap hobi, tetapi, sekarang, ramai berpusu-pusu hendak masuk industri hiburan sebab ada pulangan bagus.

“Tanpa bakat pun ada pulangan bagus dan ada bakat pun sama. Jadi, tiada undang-undang yang cakap awak tidak boleh menyanyi, tak boleh buat album dan sebagainya… Semua itu hanya di pertandingan,” katanya pada sidang media Konsert Exists Borneo Tour di Hard Rock Cafe di sini, semalam.

Baru-baru ini, persembahan Syafinaz pada program siaran langsung terbitan RTM, Konsert Ini Baru Bintang Tiga dikritik. Ada netizen melayangkan komen kualiti vokal Syafinaz dalam program itu tidak seiring dengan tugas dan tanggungjawab sebagai juri program realiti.

Semuanya gara-gara beberapa klip video dimuat naik dalam aplikasi TikTok memaparkan Syafinaz mendendangkan lagu Persis Salju dan Europa nyanyian asal Monica Naranjo yang dikatakan tidak setaraf kredibilitinya sebagai juri.

Ajai berkata, baik dirinya dan Syafinaz, masing-masing berlapang dada menerima kritikan netizen kerana kerana percaya tiada undang-undang yang boleh menyekat mereka daripada bersuara.

“Kami bekerja berdasarkan pembelajaran dan pengalaman. Kita tidak mengharapkan kita menyanyi dahsyat apabila kita bagi komen pada seseorang penyanyi.

“Tetapi kita tahu mengenai undang-undang nyanyian, rata-rata (ramai orang) tahu Syafinaz adalah pensyarah dan saya penerbit.

“Bagi saya, tohmahan dari netizen tidak mengapa. Itu hak dia (netizen) sama ada hendak suka atau tidak. Kadang-kadang dia cakap tak suka, apabila jumpa dia luar, dia rakam foto. Disebabkan itu, saya fikir, tohmahan netizen itu tiada apa-apa,” katanya. BH

Usah perlekeh Syafinaz – Ajai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker