Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin

Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin

Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid tampil memberi maklum balasnya susulan rancangan PAS menganjurkan demonstrasi membantah petisyen mahkamah terhadap 20 peruntukan yang dianggap mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang difailkannya.

“Sesiapa saja boleh anjurkan perhimpunan asalkan mengikut garis panduan ditetapkan undang-undang dan mengambil kira hal-hal keselamatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kata Nik Elin, perkara itu merupakan hak setiap individu sama seperti hak yang digunakan olehnya untuk memfailkan petisyen di mahkamah.

“Mereka nak berhimpun, nak berkumpul, itu hak mereka. Sebagaimana saya juga mempunyai hak untuk mengambil kes ini,” katanya lagi.

Pada 25 Mei tahun lalu, Nik Elin bersama anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah memfailkan petisyen bagi menyemak semula 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut terhadap kerajaan Kelantan dan pendengaran kes telah dibuat pada 17 Ogos lalu dan akan disambung pada 20 November ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media di parlimen, 8 Nov lalu berkata PN akan menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah petisyen terbabit.

Sekiranya mahkamah membenarkan petisyen itu, Tuan Ibrahim berkata implikasi kes berkenaan akan memberi kesan yang besar terhadap bidang kuasa mahkamah syariah.

Namun, Nik Elin menafikan pihaknya mahu mencabar sistem undang-undang Islam, menjelaskan tujuan petisyen tersebut semata-mata atas tanggungjawabnya sebagai pengamal undang-undang.

Cabar perkara takzir

“Mereka kata saya mencabar tuhan, mencabar hukum syariah, apa yang saya cabar ialah perkara takzir (penilaian atau hukuman yang dijatuhkan) dalam enakmen tersebut.

“Cabaran saya juga adalah kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah menggubal undang-undang ini tanpa mempunyai kompetensi (keupayaan), tiada kena mengena dengan doktrin di dalam Islam.

“Tapi jika nak berhimpun itu dengan memanipulasi fakta, itu saya tak sokong,” katanya lagi.

Menurut Nik Elin, perkara yang dilakukan ini boleh dibuat oleh mana-mana individu kerana ia dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bukan kali pertama (peruntukan undang-undang) dicabar, enakmen-enakmen lain dan macam-macam lagi juga pernah dicabar, kita berhak untuk cabar,” katanya.

Tambahnya lagi, jika ada pihak yang mahu menjunjung isu undang-undang syariah ini maka mereka perlu menarik balik semua enakmen-enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika kita benar-benar nak memartabatkan mahkamah syariah, segerakan kes-kes penceraian yang tertunda.

“Cari jalan selesaikan kes suami culas membayar nafkah dan yang berpoligami tanpa kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Nik Elin turut berkata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan telah membuat pernyataan yang salah di parlimen pada 30 Oktober lalu apabila menggesa Menteri Agama, Mohd Na’im Mokhtar supaya menjadi pihak yang mencelah dalam kes yang difailkannya itu.

Takiyuddin mendakwa kebenaran untuk memasukkan kes berkenaan ke mahkamah persekutuan diperolehi pada 2023 dan bertanya kepada Mohd Na’im siapakah yang menjadi kerajaan pada masa itu.

Ketika era PAS jadi kerajaan

Namun, Nik Elin menjelaskan semua pemfailan petisyen telah dibuat pada tahun 2022.

Katanya, dia memperolehi kebenaran mahkamah untuk memfailkan petisyen itu pada Oktober 2022 iaitu ketika PAS masih menjadi sebahagian kerajaan persekutuan.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi perdana menteri pada 24 November 2022.

“Saya memfailkan notis usul untuk mendapat kebenaran pada 25 Mei 2022 dan mendapat (leave) kebenaran pada 30 September 2022, manakala petisyen saya difailkan pada 13 Oktober 2022, sama ada mereka (kerajaan pada masa itu) sedar atau tidak, saya tidak tahu,” katanya lagi.

Peruntukan enakmen yang dicabar oleh Nik Elin dan anaknya, termasuklah seksyen 11 memusnahkan tempat ibadat), seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk seksyen 15 (hukuman liwat), seksyen 16 (seks dengan mayat), seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan seksyen 31 (gangguan seksual).

Kesemua peruntukan tersebut bagaimanapun telah dikurangkan menjadi 18 peruntukan selepas seksyen 5 (Dakwaan palsu) dan seksyen 37(a) (berjudi) telah digugurkan. Mk

Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker