KJ datang lagi, kini bidas lantikan politik dalam GLC
SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, isu tersebut akan memberi kesan terhadap pendirian kerajaan yang menolak amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran.
“Lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang disahkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sangat berbeza dengan pendirian mereka sebelum ini.
“Walaupun Mara bukan GLC namun ia adalah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang,” katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 3, disiarkan di Youtube pada Selasa.
Program tersebut turut menampilkan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengupas lanjut isu lantikan politik yang kini berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, lantikan politik PH di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berbeza semasa Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan dalam parti komponen itu.
“Sewaktu PH 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir tidak ada lantikan politik dalam GLC. Tetapi hal tersebut berlaku dalam agensi kerajaan ketika pemerintahan beliau.
“Jadi bagi saya semua sama sahaja. Jadi saya tak boleh kata saya menentang lantikan politik sebab saya pernah berada di kedudukan itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shahril turut mengulas, semasa PH berada di blok pembangkang, terdapat beberapa isu yang akan dibangkitkan terutama jika berkaitan dengan entiti kerajaan.
Tambahnya, hal itu berbeza sekali selepas menjadi kerajaan apabila mereka mengambil pendekatan yang lebih fleksibel.
“Terdapat ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilantik dalam entiti yang berkaitan kerajaan,”katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin terima pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM 5 juta
- Najib dibebaskan atau tidak, Mahkamah Persekutuan buat keputusan 31 Mac ini
- Muhyiddin tidak perlu berpolitik, jawab pertuduhan di Mahkamah
- Pilih pemimpin yang mahu bersama saya bukan pihak mahu memusnahkan UMNO – Zahid
- Dedahkan sahaja hasil siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan
- Kes Kamal Adli diserang kerana cemburu nikahi Uqasha Senrose
- Hamzah berhadapan dengan kesalahan OSA jika simpan fail KDN
- Tiga bergaduh lori berlanggar [VIDEO]
- Shermon Burgess, ketua aktivis anti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.