Ahli parlimen PAS sifatkan hidup songsang LGBT di luar batas kehaiwanan

 

Ahli Parlimen PAS, Ahmad Marzuk Shaari (PN-Pengkalan Chepa) menyifatkan gaya hidup komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai songsang dan di luar batasan kehaiwanan.

“Bila sebut tentang LGBT, saya yakin manusia yang normal, akal pemikiran yang betul tidak akan menyokong LGBT ini.

“Kalau ada yang bercakap ini adalah hak human rights, ini bukan manusia. Perbuatan songsang seperti ini melepasi batasan kehaiwanan, lembu jantan sama jantan takkan kahwin, lembu betina dengan betina takkan kahwin, itu haiwan, ini kan pula manusia,” katanya ketika mmebahaskan Indeks Perpaduan Nasional di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas timbalan menteri hal ehwal agama itu berkata kerajaan PN sebelum ini memandang serius mengenai isu LGBT dan membentuk sebuah pasukan petugas untuk menangani isu itu.

“Saya yakin MP di sini tidak bersetuju dengan LGBT ini. Sebab itu saya nak seru di sini supaya perkara ini yang boleh menjejaskan indeks perpaduan, kerajaan dan kementerian berkenaan lebih menitik beratkan soal ini dan bawa satu naratif yang lebih holistik, dalam menyelesaikan isu LGBT,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Marzuk mengingatkan tentang sejarah bandar Rom, Pompeii yang musnah akibat letusan gunung berapi pada 79 Masihi.

“Kita tahu sejarah Pompeii itu bagaimana, supaya tak berulang dan tidak mengundang kemurkaan Allah dalam perkara songsang ini,” katanya yang turut mengingatkan kisah kaum nabi Lut yang ditimpakan bencana oleh Allah kerana perbuatan homoseksual mereka.

‘Tak nampak pemimpin DAP tak setuju LGBT’

“Cuma saya agak terkilan bila tiga penggal di sini, kita bercakap nak lawan LGBT, kita tidak pernah rakan-rakan DAP yang nak lawan LGBT ini.

“Tak dengar pun, saya tak pernah dengar. Saya tidak kata mereka setuju tapi tak nampak mereka tak setuju.

“Bila di kementerian agama, kita tubuh taskforce untuk tangani isu LGBT tapi sayangnya sahabat-sahabat kita belum bertindak dengan lebih agresif untuk zahirkan ketidaksetujuan mereka,” katanya.

Terdahulu, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) menarik balik dakwaannya yang mengaitkan perhimpunan Perarakan Wanita di ibu negara baru-baru ini dengan gerakan LGBT.

Ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul beberapa kali mempersoalkan kenyataan Wan Razali sama ada dia pasti perhimpunan itu ada kaitan atau dianjurkan oleh gerakan LGBT.

“Saya dengar di chamber (bilik) tadi, adakah Kuantan (Wan Razali) pasti Women’s March itu adalah (perhimpunan) LGBT?” katanya tegas.

Apabila ada ahli parlimen lain yang mencelah, Johari meminta mereka diam untuk memberikan ruang kepada Wan Razali menjawab.

“Yang lain diam dulu – saya nak dapat (jawapan) itu saja. Are you sure (Adakah kamu pasti)? Saya nak tanya kalau sure kata sure, kalau tidak kata tidak.

“Adakah perarakan itu adalah (perarakan) LGBT atau (perarakan) Women?” soalnya dengan tegas di Dewan Rakyat.

Johari kemudian bertanya sama ada Wan Razali pasti atau tidak kerana dia boleh didakwa sekiranya kenyataan itu tidak benar.

Wan Razali kemudian menarik balik kenyataannya.

Sebelum ini tular beberapa gambar di media sosial memaparkan peserta perhimpunan Women’s March di ibu negara, di mana beberapa individu daripada mereka membawa bendera berwarna warni, yang sinonim dengan simbol perjuangan LGBT.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker