Ucapan tahniah mencurah kepada Dr. Akmal Saleh

Ucapan tahniah mencurah kepada Dr. Akmal Saleh

Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendapat ucapan tahniah biar pun keputusan rasmi belum diperolehi.

Bekas Ketua Pergerakan itu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki antara yang mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tersebut.

“Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk Sesi 2023-2026.

“Setakat ini undi yang diperolehi 103 Bahagian; melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian. Tahniah!” kata beliau di media sosial.

Sementara itu sehingga pukul 11.30 malam ibu pejabat UMNO yang menyiarkan keputusan secara langsung memaparkan keputusan rasmi menunjukkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka itu memperoleh 49 undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Mohd Shahar Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar mendapat 22 undi, Datuk Armand Azha Abu Hanifah (1) dan Meor Hassan Mat Ali tidak memperoleh sebarang undi.

Keputusan rasmi dijangka akan diperolehi selewat-lewatnya subuh nanti. MG

Ucapan tahniah mencurah kepada Dr. Akmal Saleh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker