Jurutera Kesihatan maut cuba selamat anak saudara lemas
Jurutera Kesihatan maut cuba selamat anak saudara lemas
Bachok: Jurutera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu maut manakala abang ipar dan anak saudaranya selamat dalam kejadian lemas di Kuala Gel, Pantai Melawi, petang tadi.
Kejadian jam 5.30 petang berlaku ketika mangsa, Muhammad Fauzan Azamuddin, 34, dan beberapa ahli keluarga mandi-manda di pantai.
Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa bersama keluarga serta adik beradik isterinya, Farah Alyani Mohd Razali, 30-an, ke pantai berkenaan selepas menghadiri majlis pertunangan adik ipar.
Katanya, mereka mendapat berita mengenai kejadian jam 7.30 malam melalui panggilan telefon adik beradik isteri mangsa.
“Setakat dimaklumkan, mangsa lemas selepas cuba menyelamatkan anak saudaranya. Abang ipar mangsa, Muhammad Rasyidan Razali, 37, turut lemas bersama beberapa anak saudara namun berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, di sini, hari ini.
Katanya, ahli keluarga yang selamat sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, ketika polis tiba di lokasi, mangsa sudah dibawa naik oleh orang awam.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar jam 7.03 malam,” katanya.
Beliau berkata, mayat dibawa ke HRPZII Kota Bharu untuk bedah siasat. HM
Jurutera Kesihatan maut cuba selamat anak saudara lemas
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.