Kerajaan umum dana RM2 juta kepada Pinta perkasa maahad tahfiz

Kerajaan umum dana RM2 juta kepada Pinta perkasa maahad tahfiz

Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap pada majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu, beliau berkata, dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.



“Pada masa ini terdapat 175,000 pelajar tahfiz daripada 1,199 maahad tahfiz berdaftar sementara 125,000 pelajar tahfiz lagi di maahad tahfiz yang tidak berdaftar.

“Maahad tahfiz tidak berdaftar ini, yayasan (Pinta) akan bantu. Maahad tahfiz yang tidak berdaftar tidak dapat bantuan kerajaan kerana tidak penuhi syarat,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Yayasan Pinta dan Koperasi Pinta adalah dua institusi yang dilancarkan secara rasmi hari ini di bawah Pinta, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan huffaz dan maahad tahfiz di seluruh negara.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju supaya Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 dan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz dilancarkan pada Sabtu.



“Ia merupakan kesinambungan kepada Pelan Tindakan DPTN 2016-2020. Proses pembangunan pelan ini diurussetiakan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta melibatkan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), agensi kerajaan dan persatuan-persatuan tahfiz,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kementeriannya telah mengambil tiga maahad tahfiz angkat untuk dijadikan sebagai maahad tahfiz TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 10 menjelang akhir tahun ini. Sinar

Kerajaan umum dana RM2 juta kepada Pinta perkasa maahad tahfiz

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker