20 tahun saya pujuk abah untuk sertai politik – Nurulhidayah

20 tahun saya pujuk abah untuk sertai politik – Nurulhidayah

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah menunggu 20 tahun bagi bertanding di peringkat bahagian.

Nurulhidayah, 45, mencabar penyandang Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datuk, Zaro Zatin Isa dan Halimah Mohd Noor dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan itu.

Menurutnya, penantian itu adalah berikutan bapanya sendiri tidak mengizinkannya bertanding di peringkat bahagian sebelum ini.

“Abah sebenarnya tak mahu saya merasai keperitan dalam dunia politik sebagaimana beliau pernah lalui. Setelah 20 tahun memujuk dan meyakinkan abah bahawa saya sudah bersedia, akhirnya pemilihan kali ini barulah beliau izinkan saya untuk bertanding.

“Pembabitan saya dalam dunia politik adalah bertujuan meneruskan pembangunan di Bagan Datuk sebagai mana yang dilakukan abah.

“Kita sebenarnya mempunyai satu objektif yang sama di dalam Umno iaitu memenangi kembali hati rakyat yang telah kecewa dengan Umno pada satu ketika dulu,” katanya ketika ditemui di Wisma Umno Bagan Datuk, hari ini, sempena Pemilihan Umno Bahagian.

Ditanya mengenai kelebihan membawa imej bapanya selaku calon bertanding, Nurulhidayah menjelaskan ia bukanlah satu kelebihan peribadi.

“Saya perlu melalui perlawanan tiga penjuru di Bagan Datuk. Jadi tiada kelebihan, tiada apa-apa keistimewaan dengan membawa nama Ahmad Zahid Hamidi, sama saja dengan orang lain.

“Cumanya dengan nama Ahmad Zahid Hamidi itu saya dilahirkan dan dibesarkan. Saya bangga dengan abah saya,” katanya.

Seramai 268 Perwakilan Wanita Umno Bahagian Bagan Datuk selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada pagi tadi dan keputusan dijangkakan akan diumumkan pada malam ini. HM

20 tahun saya pujuk abah untuk sertai politik – Nurulhidayah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker