Siasatan SPRM bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak
Siasatan SPRM bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak
Siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah bebas dan tidak mempunyai campur tangan daripada mana-mana pihak.
SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan berkenaan berjalan berdasarkan bukti serta maklumat yang diperolehi oleh agensi penguat kuasa itu sendiri.
Menurut kenyataan itu, kertas-kertas siasatan yang dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.
“Proses siasatan itu adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak.
“Justeru tohmahan yang menyatakan bahawa siasatan SPRM atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali dan menjejas imej SPRM,” katanya.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dituduh di mahkamah, mempersoal bagaimana Jabatan Peguam Negara membuat keputusan mendakwa dirinya lebih awal sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada SPRM.
Dalam sidang media di mahkamah, beliau mendakwa sudah mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya diputuskan oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan.
“Mereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.
“Saya sudah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang kesalahan yang saya lakukan,” katanya. HM
Siasatan SPRM bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]