Salah guna kuasa dan rasuah, Peja ‘backup’ Muhyiddin

Timbalan Presiden Bersatu Peja berkata adalah tidak munasabah seseorang yang mencuri wang menyimpannya dalam akaun bank parti politik.

“Sebagai orang biasa, tidak munasabah seorang pencuri akan menyimpan wang yang dicuri dalam akaun bank parti politik.

“Secara realistik, itu tidak akan berlaku tapi kami tidak akan campur tangan urusan mahkamah,” kata Faizal kepada pemberita di Menara PGRM di Kuala Lumpur selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan parti itu hari ini.

Mesyuarat yang sepatutnya diadakan pagi ini ditangguhkan bagi membolehkan anggota Bersatu menunjukkan sokongan terhadap presiden mereka, Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Faizal, yang pernah menjadi menteri besar Perak dan menteri belia dan sukan berkata, pihaknya terkilan dan kecewa dengan tindakan itu, tetapi terpaksa akur.

“Sudah tentu kami sedikit terkesan oleh pertuduhan terhadap presiden kami,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia percaya pendakwaan itu bermotifkan politik untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), dia hanya menjawab “ya.”

“Pertuduhan itu mengubah keadaan perhimpunan sebaliknya semua orang berkumpul untuk menyokong presiden kami.

“Kemarahan kami sekarang menjadi pembakar semangat untuk parti,” tambah Faizal.

Dia berkata, suasana mesyuarat agung tahunan (AGM) tahun ini berbeza berbanding tahun lalu kerana parti itu baru sahaja melalui pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tambahnya, parti itu amat gembira dengan pencapaian pada PRU15 lalu dan ahli-ahlinya yakin kemenangan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Mengulas lanjut, Faizal menyentuh mengenai beberapa masalah dihadapi AGM Bersatu yang menyebabkan ia tertangguh.

“Kami tidak dapat melakukan gabungan AGM Armada dan Srikandi (sayap pemuda dan wanita) kerana kami berada di mahkamah untuk menyokong Muhyiddin.

“Namun, kami telah mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan AGM. Srikandi bermula hari ini dan esok ia akan diteruskan dengan sayap-sayap lain.

“Ucapan dasar oleh presiden parti sepatutnya malam esok tetapi sekarang kita tangguhkan kepada Ahad,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker