Dakwaan tumbuk isteri, pelakon Hafidz Roshdi akan didakwa Isnin ini

PETALING JAYA: Pelakon Hafidz Roshdi yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh akan dituduh di mahkamah, Isnin ini.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, kertas siasatan lengkap dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya Selasa lalu.



“Polis menerima maklum balas dan arahan timbalan pendakwa raya untuk menuduh lelaki terbabit di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin (13 Mac),” katanya menurut Sinar Harian.

Isnin lalu, polis mendapat perintah mahkamah bertujuan menghalang pelakon terbabit melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan.

Pada 5 Mac lalu, polis menahan pelakon itu ketika hadir di IPK Selangor. Bagaimanapun, dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan pada hari sama.

Sebelum itu, isteri kepada pelakon terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.



Difahamkan, kejadian berlaku dalam kereta ketika mangsa bersama suaminya berhenti di kawasan R&R Sungai Buloh.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker