Najib doakan kejayaan Azalina ke Eropah kendali tuntutan kumpulan Sulu

Najib doakan kejayaan Azalina ke Eropah kendali tuntutan kumpulan Sulu

Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang mewakili Malaysia ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu.

Menerusi hantaran terbaru dalam Facebooknya, mantan Perdana Menteri itu turut menegaskan, kerajaan juga patut mengambil tindakan ke atas kebodohan luar biasa dan kegagalan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, yang menjadi punca kepada masalah dihadapi negara hari ini.

“Semoga berjaya diucapkan kepada YB Azalina yang telah ditugaskan untuk mengendali dan menyelesai kes tuntutan kumpulan Sulu.

“Kerajaan juga patut mengambil tindakan ke atas kebodohan luar biasa dan kegagalan Tommy Thomas yang menyebabkan masalah hari ini.

“Pada bulan Oktober lepas Tommy sudah disaman oleh dua Timbalan Ketua Menteri Sabah serta tujuh ADUN berkait penyalahgunaan kuasa dan kegagalannya dalam kes ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Azalina akan menjadi wakil kerajaan ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes tuntutan kumpulan Sulu membabitkan beberapa aset milik Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang mungkin turut serta dalam pengendalian kes itu bersama Azalina dalam masa terdekat.

Dr. Zambry berkata, ia merupakan antara langkah ke hadapan Malaysia susulan kumpulan yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu dilihat mengambil kesempatan menggunakan kepakaran mereka dalam melaksanakan tuntutan seolah ‘forum shopping’ iaitu dari satu mahkamah ke mahkamah lain. MG

Najib doakan kejayaan Azalina ke Eropah kendali tuntutan kumpulan Sulu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker